Pengajian Am

Dasar Luar Negara
Home | Dasar Luar Negara | Bahagian A dan B | Dasar Dalam Negara | Kenegaraan | Perundangan

Dasar Luar Malaysia
 
Definasi Dasar Luar
  • matlamat, rancangan serta tindakan yang diambil oleh negara kita dalam mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain 

Faktor-faktor Pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Negara

- Faktor-faktor yang diambil kira semasa pembentukan dasar luar negara ialah:-

  • kepentingan nasional yang meliputi kepentingan ekonomi dan keselematan negara
  • Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
  • kedudukan geografi
  • agama Islam
  • Komanwel dan Suruhanjaya selatan-Selatan
  • Dasar Berkecuali
  • prinsip hidup bersama
 
ASEAN
 

ASEAN DAN KERJASAMA EKONOMI

 

1)      Kerjasama ekonomi antara tahun 1967-1976 adalah lembap.

2)      Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN Pertama yang berlangsung di Barli, Indonesia pada 23-24 Februari 1976 telah merintis jalan bagi kerjasama ekonomi yang lebih erat di kalangan negara-negara ASEAN.

3)      Dua perjanjian yang penting ditandatangani, iaitu Perjanjian Persahabatan Dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation )dan Pengisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord ).

4)      Persetujuan dicapai untuk mengeratkan kerjasama ekonomi serta menyelesaikan sebarang pertikaian di kalangan anggota-anggota secara aman.

 

1)      Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)

         Peraturan Perdagangan Istimewa, (Preferential Trading Arrangements –PTA) telah ditandatangani pada 24 Februari 1977  untuk menggalakkan perdagangan intra-ASEAN.

         PTA merangkumi kontrak kuantiti jangka panjang, peroleh istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.

         Namun, PTA kurang berkesan kerana setiap negara anggota mengutamakan kepentingan domestik.

 

2)      Terdapat 5 projek dilaksanakan hasil kerjasama antara negara anggota ASEAN:

         Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia

         Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia

         Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina

         Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura

         Projek Perlombongan Garam Abu Soda ASEAN di Thailand  

 

3)      Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

         Pada tahun 1992, Menteri-menteri Laur negara anggota ASEAN memeterai perjanjian untuk mewujudkan Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT).

         Menurut perjanjian CEPT, negara-negara anggota ASEAN akan mengurangkan tarif antara wilayah terhadap semua barang kilang, barangan modal dan produk pertanian. Halangan bukan tarif selama 10 tahun bermula daripada 1 Januari 1993.

         Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dapat direalisasikan melalui perjanjian Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT) yang dimeterai pada tahun 1992.

         Tujuan AFTA adalah untuk meningkatkan daya saingan ASEAN sebagai pusat perkilangan untuk pasaran dunia.

         Melalui permansuhan tarif antara wilayah dan halangan bukan tarif, sektor perkilangan ASEAn akan menjadi lebih efisien dan kompetitif. Hal ini membolehkan barangan ASEAN menembusi pasaran anggota-anggota dengan bebas.

         AFTA mula dilaksanakan pada tahun 2003.

 

4)      Konsep Segitiga Pertumbuhan (Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau)

         Di Sealatan: Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Singapura (IMS-GT) yang melibatkan Singapura, Batam, dan Johor.

         Di Utara:  Segitiga Pertumbuhan Indonesia, semenanjung Malaysia dan Thailand (IMT-GT) yang melibatkan Semenanjung Malaysia Utara, Selatan Thailand dan Indonesia Utara.

         Intipati konsep ini adalah menggalakkan pembangunan menerusi gabungan pelbagai kelebihan komparatif setiap ahli.

         Di bawah konsep ini, kerajaan hanya bertindak sebagai penyedia kemudahan-kemudahan tertentu, manakala pihak swasta bertindak sebagai pengusaha sebenar.

 

5)      Kerjasama dalam sektor kewangan

         Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council ) telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN.

         Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberi kemudahan kewangan kepada projek-projek usahasama ASEAN.

 

Enter content here

Enter supporting content here

munni/mbsskl