Pengajian Am

Bahagian A dan B
Home | Dasar Luar Negara | Bahagian A dan B | Dasar Dalam Negara | Kenegaraan | Perundangan

SOALAN PEPERIKSAAN STPM KERTAS 1- KARANGAN LARAS SAINS DAN SASTERA

DISEDIAKAN OLEH: PN. MUNNI

 

Soalan STPM 1987

 

  1. Seni merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan manusia. Ia tidak sahaja memenuhi keperluan material dan estetika manusia, tetapi juga merupakan asas pembangunan material dan moral. Peranan seni di dalam pembangunan Negara tidak boleh diperkecilkan kerana Negara tanpa seni akan menjadi Negara tanpa jiwa”.

Berikan pendapat anda mengenai pandangan di atas tentang peranan seni di dalam pembangunan Negara.

 

  1. “Menurut suatu anggaran, kira-kira 622000 tan bahan pencemar udara dilepaskan ke atmosfera di persekitaran Kuala Lumpur setiap tahun. Sejak tahun 1977, kadar pembuangan bahan pencemar udara ke atmosfera telah meningkat kira-kira 10 peratus setahun. Bahan-bahan pencemar udara ini sebahagian besarnya terdiri daripada karbon monoksida, sulfur dioksida dan oksida daripada nitrogen dan hidrokarbon yang selalunya dikeluarkan oleh kilang-kilang dan kenderaan bermotor. Bagaimanapun, pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur mungkin dapat dikawal.
  2. “Peranan ahli-ahli teknologi makanan kini seolah-olah telah berubah daripada menghasilkan makanan yang berkhasiat dan mencegah penyakit kepda penghasilan makanan untuk tujuan perniagaan semata-mata”.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?

 

Soalan STPM 1988

 

  1. Dalam laporannya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa
    1. Sejuta orang meninggal dunia tiap-tiap tahun berpunca daripada tembakau,
    2. Perbuatan merokok bertanggungjawab ke atas 90 peratus daripada semua kes barah paru-paru dan 75 peratus daripada semua kes penyakit kerongkong yang tenat, dan
    3. Perokok-perokok membelanjakan kira-kira 240 billion ringgit tiap-tiap tahun untuk membeli 4000 billion batang rokok

Merujuk kepada pernyataan di atas, jelaskan pendapat anda mengenai perbuatan merokok dari segi kesihatan dan ekonomi.

  1. Pada 15 januari 1986, sebuah akhbar tempatan melaporkan:

 Johor Bahru: Jabatan Imigesen Negeri telah menghantar balik lebih daripada 9000 orang pendatang haram dari salah sebuah Negara jiran pada tahun lalu. Walau bagaimanapun. Ada di antara mereka yang kembali semula ke Malaysia.

Bincangkan masalah-masalah yang berpunca daripada terdapatnya pendatang haram di Negara ini.

  1. “Sumber tenaga tradisional seperti arang batu dan petroleum kini menjadi semakin pupus. Harapan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terletak kepda keupayaan manusia menjana dan menggunakan tenaga daripada sumber-sumber lain sebagai gentian kepada sumber tenaga tradisional.
  2. “Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis ubat dengan pelbagai jenama bagi mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Ubat-ubatan ini dengan mudah dapat dibeli oleh sesiapa sahaja di kedai-kedai ubat yang terdapat di seluruh Negara.”

Bincangkan akibat daripada penjualan ubat-ubatan secara tidak terkawal di pasaran terbuka.

 

Soalan STPM 1989

 

  1. “Kepesatan dan kemajuan di dalam penciptaan alat-alatan dan ubat-ubatan dalam bidang perubatan didorong oleh kemunculan penyakit-penyakit baru dan bukanlah semata-mata kerana ketinggian pengetahuan pakar-pakar perubatan itu sendiri.”

Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas dengan merujuk kepada beberapa penyakit yang tertentu?

  1. “Kejayaan di bidang pertanian di beberapa buah Negara membangun adalah hasil kemajuan yang dicapai dalam bidang bioteknologi. Oleh itu sewajarnyalah bioteknologi mempunyai masa depan yang cerah di Negara membangun yang ingin memajukan bidang pertaniannya.”

Tunjukkan bagaimana bioteknologi akan menghasilkan kemajuan di bidang pertanian negara-negara membangun.

 

Soalan STPM 1990

 

  1. “Pada tahun 1989, sejumlah RM352 juta daripada perbelanjaan sector ekonomi Kerajaan Malaysia tertumpu kepada pembiayaan sector pertanian dan infrastruktur luar Bandar. Nilai ini merupakan 26 peratus daripada jumlah peruntukan bagi pertanian dan pembangunan luar Bandar. Ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan kedua-dua bidang tersebut.” Bincangkan kaitan di antara pembangunan infrastruktur dengan kemajuan pertanian di luar Bandar.
  2. “Dalam masyarakat moden hari ini, sukan bukan sahaja merupakan asas perpaduan masyarakat, sukan juga mempunyai potensi sebagai satu industri yang banyak menawarkan pelbagai peluang khususnya kepada peniaga, usahawan, dan para professional.” Sejauh manakah sukan dapat dimajukan sebagai satu industri yang boleh memberi sumbangan yang besar di bidang sosioekonomi di Malaysia?
  3. Laporan Badan Kesihatan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggaarkan bahawa dalam tahun-tahun 70-an sahaja

·        80 peratus daripada semua jenis penyakit yang dilaporkan berpunca daripada air

·        Hampir 6 juta kanak-kanak di Negara Dunia Ketiga meninggal dunia akibat daripada penyakit cirit-birit yang disebabkan oleh air

·        30 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit buta yang disebabkan oleh cacing halus yang terdapat pada sejenis lalat yang membiak dalam air. Cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal wabak penyakit yang disebabkan oleh air.

  1. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939, harapan untuk mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah.  Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan ini?

 

Soalan STPM 1991

 

  1. Apabila dasar penswastaan agensi-agensi kerajaan diperkenalkan, ramai yang berasa curiga kerana mereka menganggap bahawa dasar penswastaan akan hanya menguntungkan pihak swasta tanpa mengambil kira kepentingan awam. Walaupun pihak kerajaan mencuba meyakinkan orang ramai tentang dasar penswastaannya, namun masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan dasar tersebut. Bagaimanapun, kerajaan mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk meneruskan dasar penswastaannya.

Huraikan sebab-sebab dasar penswastaan dilaksanakan oleh kerajaan, dan bincangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan dasar ini.

  1. Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam system hidup masyarakat hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan.

Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesanya terhadap masyarakat.

 

Soalan STPM 1992

 

  1. Sebagai media komunikasi massa, akhbar sangat penting kepada masyarakat dan dianggap sebagai kuasa keempat(forth estate). Akhbar mempunyai pengaruh dan dipercayai oleh golongan masyarakat pembaca. Kadang-kadang pembaca mempercayai sesebuah berita itu tidak kira sama ada berita itu benar ataupun sebaliknya. Begitulah kuatnya pengaruh akhbar dalam kehidupan masyarakat.

Bincangkan peranan akhbar dalam kehidupan masyarakat kini.

  1. Walaupun kerajaan mempunyai sebab-sebab yang munasabah apabila menyarankan matlamat penduduk tujuh puluh juta menjelang tahun 2100, terutamanya dalam mewujudkan penduduk yang rajin, berdisiplin, dan produktif yang merupakan asas penting bagi perkembangan perindustrian dan pewujudan pasaran keluaran tempatan, pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kali ganda ini semestinya menimbulkan beberapa implikasi sosioekonomi.

Bincangkan kebaikan dan keburukan matlamat penduduk tujuh puluh juta menjelang tahun 2100 di Negara ini.

  1. Kesedaran tentang kepentingan hutan mula dirasai oleh masyarakat umum sejak berlakunya pelbagai tragedy alam sekitar seperti hakisan lapisan ozon, kenaokan suhu dunia, dan banjir besar di seluruh dunia sepanjang dekad 1970-an dan 1980-an. Tragedi-tragedi tersebut merupakan kesan langsung daripada kegiatan pemusnahan hutan.

Sejauh manakah pemusnahan hutan merupakan factor utama yang merosakkan keseimbangan ekosistem dunia?

  1. Dengan berdasarkan maklumat di bawah, sejauh manakah amalan merokok merupakan punca utama yang mengancam kesihatan penduduk Malaysia?
    • Serama 3.1 juta penduduk Semenanjung Malaysia, termasuk 350000 orang wanita adalah perokok.
    • Penduduk Semenanjung Malaysia menghisap sebanyak 46.5 juta batang rokok sehari
    • Rokok yang dijual di Malaysia mempunyai kandungan tar dan nikotin sebanyak dua kali ganda melebihi kandungan tar dan nikotin dalam rokok yang dijual di Amerika Syarikat.
    • Ibu yang merokok mungkin mengalami risiko melahirkan bayi yang kekurangan berat badan dan tidak sihat.
    • Hamper 7500 orang mati setiap tahun akibat barah;90 peratus daripadanya perokok.

 

Soalan STPM 1993

 

  1. Kualiti, pengayaan dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

  1. Walaupun matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju yang berteraskan perindustrian, namun sector pertanian masih diberi keutamaan dalam agenda pembangunan Negara. Melalui dasar Pertanian Negara, kerajaan akan terus mempercepat perubahan sector pertanian menjadi sector yang lebih moden, komersil, dan mampan dengan arah pertumbuhan dan pembangunan yang berpandukan pasaran dan sumber manusia.

Bincangkan potensi dan cabaran masa depan sector pertanian di Negara ini.

  1. Sungguhpun penciptaan alat-alat telekomunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.

Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.

  1. “Kita mengakui bahawa kegiatan manusia dalam mengejar pembangunan merupakan sebab pencemaran dan degradasi alam sekitar.Kita tidak boleh menghentikan pembangunan sama sekali, tetapi kita boleh sekurang-kurangnya meminimumkan pencemaran dan degradasi yang dihasilkan oleh pembangunan itu.”

Dengan berdasarkan petikan di atas, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengimbangkan pembangunan dan kemajuan dengan pemeliharaan alam sekitar.

 

Soalan STPM 1994

 

  1. Persaingan hidup serta perkembangan teknologi yang semakin canggih menyebabkan manusia tidak menghiraukan semangat kejiranan. Kini masyarakat lebih suka hidup menyendiri “sebagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Bincangkan faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya fenomena di atas.
  2. Belanjawan Kerajaan 1993 merumuskan beberapa garis perlindungan kepada masyarakat pengguna. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah perlindungan telah dilaksanakan oleh kerajaan, misalnya langkah kerajaan mengurangkan atau menghapuskan duti import atas beberapa barang terpilih. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai halangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa kea rah mencapai matlamat melindungi pengguna. Berikan penjelasan anda tentang halangan-halngan ini.
  3. Sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) telah dapat dikesan sejak dua dekad yang lalu tetapi hingga kini, ahli sains, penyelidik perubatan , dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia masih belum menemukan penawarnya. Tindakan mempengaruhi manuasia supaya mengubah gaya hidup, dan langkah-langkah membendung Human Immune Virus (HIV) juga bukanlah satu tugas yang mudah. Huraikan keadaan-keadaan yang menggalakkan penularan kuman HIV dan bincnagkan sebab-sebab penyakit AIDS sukar di kawal.
  4. Pencapaian yang cemerlang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan          (P & P ) merupakan satu punca kejayaan Malaysia mencapai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi. Tindakan kerajaan menambah peruntukan sebanyak RM600 juta di bawah Rancangan Malaysia  Keenam menunjukkan betapa pentingnya peranan P&P dalam usaha membangunkan Negara.

Dengan berdasarkan penyataan di atas, jelaskan sumbangan P&P dalam memajukan sektor pertanian di Negara ini.

 

Soalan STPM 1995

 

  1. “Kekurangan dari segi teknik dan kos pembikinan yang tinggi bukanlah penyebab utama filem Negara kita kurang bermutu.” Bincangkan penyataan ini.
  2. Kebelakangan ini Malaysia bergiat cergas dalam usaha membantu menangani isu-isu antarabangsa. Kelantangan Malaysia menyuarakan pendapatnya telah menonjolkan Negara ini di mata dunia. Sejauh manakah Malaysia berjaya mempengaruhi pihak-pihak tertentu dalam menangani isu-isu tersebut.
  3. “ Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia”. Bincangkan penyataan ini.
  4. Terdapat pelbagai jenis barang keperluan domestic dan makanan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti arsenic (dalam cat), alcohol, eter, gikoi 9dalam kosmetik), kafein, gula tiruan, monosodium glutamate, dan bahan-bahan kimia lain yang seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh mengancam kesihatan seseorang sekiranya tidak digunakan secara hati-hati.” Jelaskan kesan penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.

 

Soalan STPM 1996

 

  1. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak-anak terutamanya yang sudah remaja merupakan punca utama kejadian jenayah remaja. Oleh itu, hukuman patut juga dikenakan terhadap ibu bapa di samping hukuman terhadap anak-anak mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan saranan di atas?
  2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan negara dan masyarakat.
  3. Lebuh raya maklumat berupaya mendekatkan dan menghubungkan manusia tanpa mengenal jarak dan batas sempadan. Bincangkan kemungkinan yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan teknologi tersebut dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
  4. “Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama munculnya pelbagai penyakit masa kini. “Bincangkan penyataan ini.

 Soalan STPM 1997

 

  1. Maruah dan martabat sesuatu bangsa itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasanya semat-mata. Masih terdapat factor-faktor lain yang boleh menentukan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas
  2. Sekatan ekonomi merupakan satu cara yang berkesan untuk memaksa sesebuah Negara akur kepada kehendak masyarakat antarabangsa. Jelaskan penyataan ini.
  3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah Negara. Namun demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.
  4. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan.Bincangkan penyataan ini.

 

Soalan STPM 1998

 

  1. Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan Negara. Namun demikian sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya. Jelaskan penyataan ini.
  2. Masyarakat penyayang merupakan satu aspek yang penting dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah Negara maju  sebagaimana yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Bincangkan cara-cara untuk mencapai hasrat membentuk masyarakat penyayang dan halangan-halangan yang dihada[pi dalam mencapai hasrat itu.
  3. Untuk mencapai status Negara maju, sesebuah Negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi.
  4. Malaysia banyak mengimpot bahan makanan daripada luar Negara. Jelaskan faktor-faktor yang mewujudkan keadaan ini dan huraikan bagaiamana Malaysia boleh mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang diimpot.

 Soalan STPM 1999

 

  1. Penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya.

  1. Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersial di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 124 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasinya kepada Negara.

  1. Krisis air telah melanda sebahagian besar Negara terutama di kawasan Lembah Kelang. Adalah didapati bahawa kemarau panjang yang dibawa oleh El Nino bukanlah satu-satunya sebab yang mencetuskan krisis tersebut.

Pada pendapat anda, apakah factor-faktor lain yang telah menyebabkan berlakunya krisis itu dan bagaimanakah pula untuk menanganinya?

  1. Menurut International Data Corporation, terdapat 11 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada tahun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang menakjubkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia juga mempunyai kesan sampingan.

Bincangkan penyataan ini.

 

Soalan STPM 2000

 

   

Soalan STPM 2001

 

  1. Bermacam-macam kempen telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk menarik pelancong dating melawat ke sesebuah Negara dan menyaksikan keindahan serta keunikan yang terdapat di Negara berkenaan.

Bincangkan kesan pelancongan terhadap budaya tempatan.

  1. Gejala-gejala social yang banyak dilaporkan berlaku di sekolah kebelakangan ini adalah juga berpunca daripada merosotnya penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai aktiviti ko0kurikulum

Pada pendapat anda apakah strategi yang sesuai yang boleh dilakukan bagai memesatkan semula aktiviti ko0kurikulum di kalangan pelajar sekarang?

  1. Pencemaran laut kurang mendapat perhatian manusia, tetapi ia adalah satu masalah yang perlu di bendung dan dikawal. Jelaskan sebab-sebab terjadinya pencemaran tersebut.
  2. “Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternative memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah Negara”.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

 

 

Soalan STPM 2002

 

  1. “Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang terus-menerus berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak-kanak dianggap menyalahi undang-undang, tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan, dan kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya.” Bincangkan penyataan ini
  2. “Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa, bahkan di sekolah pelajar diwajibkan mempelajari sekurang-kurangnya bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.” Bincangkan faedah mempelajarai bahasa kedua dam masalah dalam mencapai hasrat tersebut.
  3. “Kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia memang tidak dapat dinafikan lagi, namun begitu bilangannya dikatakan semakin berkurangan.” Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ini ditangani.
  4. “Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan satu kaedah alternative kepada kelemahan penggunaan bahan kimia untuk mengatasi masalah serangga dan makhluk perosak dalam sector pertanian.” Bincangkan pernyataan ini.

 

Soalan STPM 2003

 

  1. Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri Negara, Malaysia begitu prihatin untuk terus memperkembangkan industri kecil dan sederhana (IKS). Bincangkan potensi dan masalah yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana pada masa ini di Negara kita.
  2. Industri muzik tempatan menghadapi banyak masalah. Sehingga kini masalah tersebut belum ada penyelesaiannya. Oleh yang demikian langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.Bincangkan
  3.  Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku di kalangan anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Bincangkan factor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut dan kesannya terhadap kehidupan manusia.
  4. Kebelakangan ini kegiatan tebus guna kawasan pantai telah memberi kesan yang serius terhadap kawasan hutan bakau. Huraikan kepentingan hutan bakau terhadap persekitaran fizikal dan sosioekonomi sesebuah Negara.

 

Soalan STPM 2004

 

  1. Sistem pendidikan yang dilaksanakan kini memberikan pemberatan 60 peratus kepada bidang sains dan teknologi. Bincangkan faedah daripada pelaksanaan dasar berkenaan.
  2. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepda Negara-negara membangun, namun pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada Negara-negara berkenaan. Bincangkan.
  3. Alam sekirat yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai kesan negative. Bincangkan.
  4. Sungguhpun bidang perubatan moden semakin berkembang, namun perubatan traditional masih lagi mendapat perhatian masyarakat. Jelaskan cirri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis perubatan ini.

 

 

Soalan STPM 2005

 

  1. “Bahasa menunjukkan bangsa.” Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahsa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini.
  2. Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang diberikan. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaiannya yang baik serta kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu dibiarkan berterusan.
  3. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kana-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di Negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan
  4. mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970an, bekala air bersih dunia didapati semakin berkurang. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

 

Soalan STPM 2006

 

  1. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasakan generasi belia di Negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara lain untuk mencapai matlamat di atas
  2. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sector perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia juga tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sector pertanian. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas.
  3. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra lam bagi mengatasi masalah alam sekitar. Bincangkan.
  4. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia mengatasi masalah jenayah. Dengan mengemukakan contoh yang berkaiatan, bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita menangani masalah jenayah?

 

Enter content here

Enter supporting content here

munni/mbsskl