Pengajian Am

Kenegaraan

Home | Dasar Luar Negara | Bahagian A dan B | Dasar Dalam Negara | Kenegaraan | Perundangan

 KONSEP NEGARA 

 

Apa itu Negara?

 

            Negara adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tetap dan berdaulat , sempadan yang diiktiraf dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

 

Cara pembentukan sebuah Negara

 

            Cara pembentukan setiap negara di dunia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Walau apapun sejarah pembentukannya, terdapat beberapa ciri yang harus di patuhi untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara. Ciri-ciri ini adalah ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Ciri-ciri utama yang harus dimiliki untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara adalah mempunyai:

  1.  

sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa

  1.  

penduduk yang tetap

  1.  

kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam

  1.  

kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di mana bebas dari naungan penjajah

  1.  

 

hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan luar khasnya dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

                                                     serta

  1.  

lambang negara antaranya seperti perlembagaan, agama rasmi, dan simbol

  1.  

 

kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan

antarabangsa

  1.  

kemudahan sosial seperti pendidikan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan dalam pengiktirafan sesebuah negara. Jika PBB menerima sesebuah negara sebagai ahlinya, maka ini akan dengan serta merta memberi  pengiktirafan  sebagai sebuah negara. Contohnya walaupun Taiwan mempunyai ciri-ciri yang telah disenaraikan di atas untuk dikenali sebagai sebuah negara namun sehingga sekarang ianya tidak mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara oleh kerana tuntutan Negara Cina. Selain dari itu Taiwan bukan ahli PBB . Kalau permohonan Taiwan untuk menjadi ahli PBB diterima, Taiwan boleh mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara.

  

 

 

 

 

 

 

 

We want to know what you think about our web site and our company. Please use the e-mail addresses on this page to offer comments, ask questions, or request a quote.

Thanks for visiting, and let us know how we can help you with your computer needs.

For general information or comments:

info@ourcompany.com

For brochures or company literature:

brochure@ourcompany.com

To get a price quote:

quote@ourcompany.com

Or you can stop by our office: we'll provide detailed directions or a map here.

munni/mbsskl